|
Jawatan Kuasa Hal Ehwal Agama Islam (JHEUI)
Suruhanjaya Tinggi Malaysia
United Kingdom
JHEUI ditubuhkan secara rasmi pada Mac 2002 yang bertindak sebagai penyelaras
kepada aktiviti agama di bawah kendalian Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan Jabatan
Penuntut Malaysia United Kingdom & Eire.
Peranan JHEUI boleh dirumuskan seperti berikut :
· Untuk mentadbir, merancang dan mengawal segala hal ehwal agama Islam
dan kebajikan rakyat Malaysia di United Kingdom.
· Mengurus dan mentadbir urusan zakat, haji dan sambutan hari-hari
kebesaran Islam untuk masyarakat Malaysia di United Kingdom.
· Mentadbir dan mengurus perkara yang berkaitan dengan nikah dan cerai
dan juga kematian rakyat Malaysia di United Kingdom.
· Membantu pihak Sururuhanjaya Tinggi Malaysia, Jabatan Penuntut Malaysia
dan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam.
Jawatankuasa Induk JHEUI terdiri daripada :
Pengerusi : Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom
Timbalan Pengerusi : Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia
Setiausaha : Atase Pendidikan (Agama) Jabatan Penuntut Malaysia
Bendahari : Pegawai Akaun MARA London
Ahli : Semua ketua Jabatan agensi kerajaan di London
(beragama Islam)
Jawatankuasa Kerja :
Untuk mencapai objektif dan juga untuk melicinkan segala perancangan dan kegiatan
yang dirancang oleh Jawatankuasa Induk, maka satu barisan Jawatankuasa Kerja
telah dibentuk seperti berikut :
Pengerusi : Atase Pendidikan (Agama) Jabatan Penuntut Malaysia
Timbalan Pengerusi : Penolong Pegawai Kebajikan Pelajar Malaysia JPM
Setiausaha : Warden Dewan Malaysia
Ahli-ahli : Wakil-wakil agensi
JPM 3 orang
MARA 1 orang
PETRONAS 1 orang
Suruhanjaya 1 orang
Perdagangan 1 orang
|