| Home | About Us | Malaysia Hall | Contacts | Registration | Hal Ehwal Agama | Download | FAQs |






NOTICE: Malaysia Hall tidak akan terima tempahan penginapan untuk 1 September - 16 Oktober 2010 kerana semua bilik dikhaskan untuk Aktiviti Hijrah iaitu penempatan pelajar-pelajar baru yang akan sampai untuk Sesi Akademik 2010/2011. Harap maaf

Rates

Undergraduates and above 13 years old

1. Single - £7.64 per night
2. Double - £6.46 per person per night

(Keutamaan akan diberi kepada pelajar yang mendaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia London)

Postgraduates and Non-students

1. Single - £15.28 per night
2. Double - £11.75 per person per night

*Rates subject to change - all rates above including VAT

PERATURAN DEWAN MALAYSIA LONDON
JABATAN PENUNTUT MALAYSIA
UNITED KINGDOM & EIRE

A. DEWAN MALAYSIA LONDON

1. Dewan Malaysia adalah untuk kegunaan semua Penuntut Malaysia ( bona fide Malaysian Students ).Penuntut-penuntut ini adalah menuntut sepenuh masa di United Kingdom & Eire dan telah berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia United Kingdom dan Eire.Mereka hendaklah memiliki Kad Pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia United Kingdom dan Eire.

2. Rakyat Malaysia lain dibenarkan menggunakan secara terhad kemudahan di Dewan Malaysia dengan mendapat kebenaran daripada Warden.

3. Kemudahan penginapan adalah untuk pemegang Pasport Malaysia sahaja.

4. Tempahan boleh dibuat seminggu lebih awal untuk tempoh maksimum 2 hari sahaja.Pelanjutan hanya akan diberi atas dasar sehari ke sehari tertakluk kepada kekosongan.

5. Permohonan untuk penginapan hendaklah dibuat secara bertulis atau melalui telefon . Sila hubungi telefon nombor 020 7985 1262 dari jam 8:00pagi hingga 10:00malam waktu London.

B. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

Dewan Malaysia mempunyai kemudahan berikut:

1. Dewan Besar
2. Surau
3. Bilik Asrama

C. PELAWAT-PELAWAT

1. Premis Dewan Malaysia kecuali bilik asrama dibuka kepada pelawat dari pukul 8:00 pagi hingga pukul 9:00 malam. Pelawat tidak dibenar masuk ke kawasan kediaman Dewan Malaysia.

D. KETIBAAN DAN KEBERANGKATAN BALIK PELAJAR-PELAJAR BARU YANG DITAJA.

1. Pelajar-pelajar dikehendaki melapor diri di kaunter semasa tiba dan menguruskan pendaftaran sehingga selesai.

2. Pintu Utama Dewan Malaysia dikunci pada 11:00 malam.


E. BILIK-BILIK ASRAMA

1. Setiap tetamu akan diberi kunci bilik dengan membayar wang deposit £10.00. Wang ini akan dipulangkan semasa penyerahan balik kunci di kaunter.Denda £100.00 dikenakan ke atas tetamu yang hilang kunci bilik.

2. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan barang-barang tetamu yang tertinggal dalam bilik.

3. Tetamu menanggung risiko sendiri apabila meninggalkan barang-barangnya dalam bilik.

4. Tetamu janganlah menyimpan lebih dari 2 beg (suitcases) seorang dalam bilik tidur.

5. Pihak pengurusan berhak mengeluarkan sebarang bagasi yang tertinggal di Dewan.

6. Tetamu hendaklah menjaga kebersihan dan kekemasan bilik dan mengosongkan bilik tidak lewat daripada pukul 11:00 tengah hari.

7. Tetami dilarang menukar bilik tanpa kebenaran Warden.

8. Dilarang masak dalam bilik .

9. Pemasangan dan penggunaan peralatan elektrik ( seperti Hi-Fi, Televisyen dan lain-lain) adalah ditegah.

10. Tetamu dilarang mempelawa pelawat ke biliknya.

F. DEWAN BESAR / BILIK MESYUARAT / SURAU

1. Dewan Besar / Bilik Mesyuarat / Surau boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan / badan pelajar yang diiktiraf oleh Jabatan Penuntut Malaysia sahaja.

2. Permohonan bagi menggunakan bilik-bilik di atas hendaklah diajukan kepada Warden dengan menggunakan Borang DML3. Peraturan-peraturan penggunaan bilik-bilik ini dinyatakan dalam borang berkenaan.

3. Badan / Persatuan Pelajar yang bercadang mengadakan aktiviti di Dewan Malaysia mestilah memohon kebenaran Warden yang mana akan menentukan bilik yang sesuai bagi tujuan mereka. Semua aktiviti mesti ditamatkan pada 10:00 malam. Permohonan hendaklah diajukan sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal daripada tarikh aktiviti akan diadakan.

4. Warden berhak menolak permohonan untuk mengadakan perjumpaan dan aktiviti apabila didapati perjumpaan dan aktiviti berkenaan akan mengganggu pentadbiran dan kententeraman di Dewan.

G. KEROSAKAN PADA HARTA BENDA

1. Tetamu / Pelajar yang menyebabkan sebarang kerosakan di Dewan Malaysia atau mana-mana kandungannya dikehendaki membayar kos pembaikan atau penggantian.

H. DISIPLIN

1. Warden bertanggungjawab mengekalkan disiplin di Dewan Malaysia. Warden diberi kuasa menyuruh indidividu yang melanggar peraturan dewan meninggalkan Dewan Malaysia tanpa perlu memberi alasan.

I. PERKHIDMATAN KANTIN

Perkhidmatan kantin ada disediakan untuk pelajar-pelajar dan rakyat malaysia.

J. AM

1. Keharmonian dan ketenteraman hendaklah dijaga setiap masa.

2. Elak daripada membuat bising.

3. Setiap orang mestilah berwaspada dan mengetahui jalan keluar pada waktu kecemasan.

4. Dilarang mengganggu peralatan pencegah kebakaran

5. Ditegah berjudi di mana-mana kawasan Dewan.

6. Minuman keras tidak dibenarkan dibawa masuk ke Dewan Malaysia.

7. Dilarang merokok di dalam Bangunan Dewan Malaysia.

8. Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke Dewan Malaysia.

Warden
Dewan Malaysia London
b.p.Pengarah
Jabatan Penuntut Malaysia
United Kingdom & Eire.

  

  - Director: Prof. Madya Dr. Rosman Abdullah
  - Contact Info

  Office of the High Commission
  Malaysian Students Department for the UK and EIRE
  30-34, Queensborough Terrace
  London W2 3ST

  Tel: 020 7985 1252 (MSD)
  Tel: 020 7985 1262 (Malaysia Hall)
  Fax: 020 7221 5615

  - Our Location Map
  
  
  - Register Yourself
  - Societies Registration
  
  - Maklumat Sewaan
  - Panduan Tetamu
  - Online Bookings - Students
  - Online Bookings - Non Students
  
  - Public Service Department
  - Majlis Amanah Rakyat
  - Scholarship Information centre
  - Others
  
  - Aktiviti Atase Agama
  - Khutbah
  
 


Click to enter Gallery

  

Click to enter Classified

  
  Login to webmail

 
Malaysian Students Department for the United Kingdom & Eire