| Home | About Us | Malaysia Hall | Contacts | Registration | Hal Ehwal Agama | Download | FAQs |






PENGURUSAN JENAZAH

KEMATIAN DI UNITED KINGDOM & EIRE DAN SYARAT-SYARAT MEMBAWA PULANG MAYAT.

Jika terdapat kematian warganegara Malaysia, sama ada seorang pelajar atau sebaliknya, dan jenazah itu perlu dihantar pulang ke Malaysia, syarat-syarat seperti berikut mestilah diikuti :

Pendaftaran

Undang-undang di UK & Eire memerlukan pendaftaran dalam jangka masa 5 hari. Pendaftaran mesti dilakukan di tempat kawasan ia meninggal dunia. Pelapor diperlukan hadir di Pejabat Pendaftar Beranak & Mati (Registrar of Birth & Death ) di kawasan itu.

Waktu Pejabat :
Isnin - Jumaat : 9.30 pagi- 12.30 tgh dan 2.00 ptg - 4.00 petang
Sabtu : 9.30 pagi- 12.30 tgh

Pelapor tidak diperlukan untuk membuat temu janji, tetapi dinasihatkan berhubung melalui telefon.

APAKAH yang diperlukan untuk MENDAFTAR ?

1. Sijil Kematian
2. Nama penuh si Mati, alamat Kediaman , tarikh dan tempat lahir.
3. Nama Pelapor, alamat kediaman dan pekerjaan pelapor. (Biasanya pelapor hendaklah waris si mati/ Orang yang berada di tempat kematian/Undertaker)
4. Pendaftar akan mengeluarkan SIJIL PENGKEBUMIAN kepada pelapor . Dengan sijil ini pihak Funeral Service/Undertaker boleh mengebumikan mayat tersebut. Pendaftar juga akan mengeluarkan BORANG BD 8- Notification of Registrar of Death.

Dua borang ini dikeluarkan dengan PERCUMA. Salinan borang-borang ini boleh juga didapati dengan bayaran minima. Borang ini amat perlu jika mayat itu hendak dibawa keluar dari negara ini.

DALAM KEADAAN TERTENTU:

1. Doktor tidak dapat mengeluarkan sijil kematian. Sebaliknya pihak CORONER akan mengeluarkannya. Ini disebabkan doctor tidak dapat menentukan atau mengesahkan sebab-sebab kematian. Dalam hal ini CORONER akan menentukan sama ada pemeriksaan bedah siasat (post mortem) diperlukan. Jika pemeriksaan bedah siasat ini diwajibkan oleh koroner maka ianya akan dijalankan sama ada pihak waris/kelurga memerlukannya atau tidak. Coroner sendiri akan mengeluarkan Borang Pengesahan Coroner kepada Pendaftar supaya Sijil Kematian dapat dikeluarkan. Pihak Coroner akan menghubungi waris / keluarga / wakil supaya datang mengambil sijil tersebut.

2. BEDAH SIASAT (POST MORTEM)
Doktor selalunya akan mendapatkan kebenaran waris/ keluarga sebelum bedah siasat dapat dijalankan, bukan dengan sebab undang-undang (kecuali kematian dalam keadaan tertentu ) tetapi sekadar untuk menentukan sebab-sebab kematian, sama ada untuk mengetahui lebih lanjut sebab-sebab kematian atau untuk mendapatkan pengetahuan lanjut ilmu perubatan dan kedoktoran. Selalunya doktor akan berbincang dengan waris simati. Borang kebenaran juga akan diperlukan dari pihak waris si mati. Ianya tidak akan menjejaskan masa mengeluarkan sijil mati.

3. KEMATIAN BAYI BARU LAHIR
Jika bayi telah dilahirkan tetapi belum didaftarkan ia mati, maka pendaftaran beranak & mati boleh didaftarkan bersama. Adalah memadai sibapa atau siibu yang diperlukan untuk datang ke pejabat Pendaftar.

4. PENGKEBUMIAN DI LUAR UNITED KINGDOM
Pihak Funeral Services/Undertaker boleh menguruskan segala-galanya bagi pihak waris simati jika diperlukan. Jika mayat diperlukan untuk dibawa ke MALAYSIA, maka diperlukan pihak MAS CARGO di negara ini. MAS CARGO akan memberitahu syarat-syarat lanjut tentang pembawaan mayat seperti :

  • Sealed Air Tight Casket ((Keranda Kedap Udara Tertutup).
  • Certificate of Embalming (Sijil Lapisan Awet)
  • 2 Salinan Sijil Kematian.
  • 2 salinan muka depan passport.
  • Sijil coroner.
  • Sijil Pengecualian Penyakit awam.
  • Surat Out of United Kingdom.

5. PERHUBUNGAN

Keterangan lanjut untuk syarat-syarat penerbangan boleh didapati dari MAS CARGO No telefon : 0181 897 7070

Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia United Kingdom / Kedutaan Besar Malaysia Ireland hendaklah dihubungi secepat mungkin bagi memudahkan penyempurnaan kematian. Bagi Jenazah orang Islam Atase Pendidikan (Agama) di Jabatan Penuntut Malaysia United Kingom hendaklah dimaklumkan.

Alamat Undertaker yang boleh dihubungi untuk penyelengaraan jenazah orang Islam :

Haji Taslim Funeral Service
East London mosque
45 Fieldgate Street
London E1
Tel 020 724 79583
Fax 020 724 73412

Regent Mosque
020 77243373

 

 

 

  

  - Director: Prof. Madya Dr. Rosman Abdullah
  - Contact Info

  Office of the High Commission
  Malaysian Students Department for the UK and EIRE
  30-34, Queensborough Terrace
  London W2 3ST

  Tel: 020 7985 1252 (MSD)
  Tel: 020 7985 1262 (Malaysia Hall)
  Fax: 020 7221 5615

  - Our Location Map
  
  
  - Register Yourself
  - Societies Registration
  
  - Maklumat Sewaan
  - Panduan Tetamu
  - Online Bookings - Students
  - Online Bookings - Non Students
  
  - Public Service Department
  - Majlis Amanah Rakyat
  - Scholarship Information centre
  - Others
  
  - Aktiviti Atase Agama
  - Khutbah
  
 


Click to enter Gallery

  

Click to enter Classified

  
  Login to webmail

 
Malaysian Students Department for the United Kingdom & Eire