HEBAHAN UMUM
HEBAHAN UMUM : PENGLIBATAN PIHAK UKBA DALAM MOGOK UMUM PADA 30 NOVEMBER 2011
Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera,
Para pelajar Malaysia di UK yang dihormati,
Pihak Education Malaysia UK & Eire telah menerima informasi mengenai penglibatan pihak United Kingdom Border Agency (UKBA) dalam mogok umum pada 30 November 2011.
Berikut adalah petikan berita berkaitan dengan perkara ini dan semua pelajar dinasihatkan mengambil perhatian sekiranya mempunyai perjalanan keluar dan masuk UK.
***************************************************************
“Immigration update: UK Border Agency strike announced for 30 November Tuesday, 29 November 2011 10:06
The UK Border Agency (UKBA) has issued a press release confirming a strike by border personnel at all British ports of entry on 30 November.
Fearing extremely long queues at major British airports, certain air carriers are cancelling flights and warning passengers of delays of up to 12 hours to clear immigration control. In addition, the strike could possibly affect visa application processing times at British consular posts.
In response to the government's demands that all public sector workers accept longer work hours and personally contribute more to their pensions, four of the UK Home Office's labor unions are scheduled to commence a walk-out beginning on the evening of 29 November and ending by 11:59pm on 30 November.
While the Home Office is training emergency replacement border agents and consular staff, consular processing times for entry and work visas and ability to clear immigration control in the UK could be significantly delayed this week.
All assignees and travelers scheduled to depart for the UK this week should contact their air carriers to confirm any flight cancellations or rescheduling of departure times. For those travelers who must enter the UK for critical business needs, it is strongly recommended to check their air carrier's directives on clearing British customs and immigration along with reviewing the UKBA's posted guidance on how to make immigration control easier.”
Information provided by Pro-Link GLOBAL.
***************************************************************
Sekian, terima kasih
Education Malaysia United Kingdom & Eire
Posted by webmaster on 2011-11-29
tell a friend :: comments 0
PERINGATAN PENTING KEPADA PELAJAR MALAYSIA DI UNITED KINGDOM & IRELAND
PERINGATAN PENTING KEPADA PELAJAR MALAYSIA DI UNITED KINGDOM & IRELAND
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Saudara/saudari,
Kepada semua pelajar Malaysia yang dihormati,
Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London dan juga Education Malaysia UK & Eire telah menerima maklumat berkaitan dengan penganjuran demonstrasi yang akan diadakan dihadapan bangunan Suruhanjaya Tingga Malaysia di London .
Sehubungan itu, pihak Education Malaysia UK & Eire ingin menasihatkan mana-mana jua pelajar Malaysia untuk tidak terlibat dan menyertai sama demonstrasi ini secara langsung atau tidak.
Kerajaan Malaysia sentiasa peka dan prihatin terhadap apa jua isu yang dibangkitkan oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, pandangan dan ide yang membina kepada isu-isu yang berbangkit patut disalurkan secara baik menerusi pelbagai medium yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Setiap pelajar Malaysia yang berada di UK & Ireland mesti maklum akan kepentingan dan tujuan utama berada disini serta perlu menjaga tatasusila sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga tanggungjawab menjaga imej negara.
Sekian, terima kasih
Education Malaysia United Kingdom & Ireland
Posted by webmaster on 2011-11-25
tell a friend :: comments 0
SAMBUTAN MAAL HIJRAH
PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1433H
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sdra/Sdri,
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam (JHEUI) Education Malaysia UK & Eire akan mengadakan Program Sambutan Maal Hijrah seperti berikut:
Tarikh : 26 November 2011 (Sabtu) Tempat : Dewan Malaysia UK & Eire 30-34 Queensborough Terrace Bayswater London W2 3ST Masa : 3.30 petang - 6.00 petang
Program adalah membaca doa akhir tahun 1432H dan bacaan doa awal tahun 1433H.
Sehubungan itu seluruh para pelajar Malaysia dan warga Malaysia dijemput untuk bersama-sama hadir dan menjayakan majlis berkenaan.
Terima kasih.
Posted by webmaster on 2011-11-25
tell a friend :: comments 0
|