PERINGATAN PENTING KEPADA PELAJAR MALAYSIA DI UNITED KINGDOM & IRELAND
PERINGATAN PENTING KEPADA PELAJAR MALAYSIA DI UNITED KINGDOM & IRELAND
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Saudara/saudari,
Kepada semua pelajar Malaysia yang dihormati,
Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London dan juga Education Malaysia UK & Eire telah menerima maklumat berkaitan dengan penganjuran demonstrasi yang akan diadakan dihadapan bangunan Suruhanjaya Tingga Malaysia di London .
Sehubungan itu, pihak Education Malaysia UK & Eire ingin menasihatkan mana-mana jua pelajar Malaysia untuk tidak terlibat dan menyertai sama demonstrasi ini secara langsung atau tidak.
Kerajaan Malaysia sentiasa peka dan prihatin terhadap apa jua isu yang dibangkitkan oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, pandangan dan ide yang membina kepada isu-isu yang berbangkit patut disalurkan secara baik menerusi pelbagai medium yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Setiap pelajar Malaysia yang berada di UK & Ireland mesti maklum akan kepentingan dan tujuan utama berada disini serta perlu menjaga tatasusila sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga tanggungjawab menjaga imej negara.
Sekian, terima kasih
Education Malaysia United Kingdom & Ireland
Posted by webmaster on 2011-11-25
tell a friend :: comments 0
SAMBUTAN MAAL HIJRAH
PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1433H
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sdra/Sdri,
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam (JHEUI) Education Malaysia UK & Eire akan mengadakan Program Sambutan Maal Hijrah seperti berikut:
Tarikh : 26 November 2011 (Sabtu) Tempat : Dewan Malaysia UK & Eire 30-34 Queensborough Terrace Bayswater London W2 3ST Masa : 3.30 petang - 6.00 petang
Program adalah membaca doa akhir tahun 1432H dan bacaan doa awal tahun 1433H.
Sehubungan itu seluruh para pelajar Malaysia dan warga Malaysia dijemput untuk bersama-sama hadir dan menjayakan majlis berkenaan.
Terima kasih.
Posted by webmaster on 2011-11-25
tell a friend :: comments 0
|